“Lompat tak salah, selagi tak langgar kontrak” – Shahrol (Shiro)

Posted on

Shahrol kini kembali jadi penyampai Suria Fm.

PELAWAK Shahrol Shiro memberitahu tindakannya berpindah-pindah stesen radio bukan satu kesalahan selagi ia tidak melanggar sebarang kontrak.

Penyampai segmen Team Pagi Suria ini memberitahu, dia menerima tawaran kedua untuk bersama stesen tersebut pada masa yang dianggap paling sesuai.

“Dulu saya bersama Suria FM selama tiga bulan sahaja selepas itu dengan Best FM, enam bulan. Kali ini kembali ke Suria FM dengan kontrak setahun.

“Bagi saya lompat-lompat ini bukan satu kesalahan selagi saya tidak melanggar kontrak. Saya yakin perjalanan kerjaya ini sudah diaturkan oleh Allah,” ujarnya.

Gandingan Shahrol, Issey dan Fizi dalam segmen Team Pagi Suria.

Dia ditemui pada majlis pengumuman penyampai baharu Team Pagi Suria yang diadakan di bangunan Tropicana City, Petaling Jaya pada Isnin.

Shahrol bergandingan dengan Issey dan Fizi Ali mengendalikan Team Pagi Suria setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 hingga 10 pagi.

Ahli kumpulan Shiro ini pernah menyertai Suria selama tiga bulan iaitu Julai 2017 hingga Oktober 2017. Dia kemudian menjadi penyampai stesen radio Best FM selama enam bulan.

Sementara itu, menjelaskan lebih lanjut penghijrahan semula ke Kuala Lumpur, Shahrol berkata, ia berikutan mahu memberi fokus terhadap kerjaya seninya sebagai pelawak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *