Mahadzir Lokman meninggal dunia selepas solat Subuh

Posted on

Mahadzir Lokman

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Bekas pengacara TV3, Datuk Mahadzir Lokman meninggal dunia pada awal pagi Jumaat.

Beliau yang berumur 61 tahun dilaporkan meninggal dunia di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah kira-kira pukul 6 pagi selepas menunaikan solat Subuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahadzir Lokman Kritikal Di PPUM

Berita kematian itu disahkan oleh adiknya, Ida Lokman.

Allahyarham dikatakan mempunyai urusan kerja di Kota Kinabalu. Pihak keluarga masih belum dapat mengesahkan punca kematian beliau.

Pada tahun lalu Mahadzir dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat komplikasi buah pinggang dan paru-paru. 

Ketika ini keluarga personaliti itu sedang menguruskan jenazah Allahyarham untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur.

Mahadzir Lokman ketika dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada tahun lalu.

Menyusuri kerjayanya, Mahadzir yang merupakan anak seorang duta pernah bersama bapanya Datuk Lokman Musa tinggal di Paris sektar tahun 1978 sehingga 1983.

Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Universiti Ohio ini berkebolehan menguasai enam bahasa termasuklah bahasa Perancis dan sering dijemput menjadi juru acara dalam program bertaraf antarabangsa.

Dalam bidang penyairan, Mahadzir memulakan kerjayanya di TV3 dan diberi kepercayaan menjadi penyampai berita berbahasa Melayu dan Inggeris.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *