Mas Idayu tak ke mana-mana tapi beribu ringgit dari mesin ATM dikeluarkan

Posted on

Mas Idayu dedah duit hilang dari akaun bank.

PENYANYI dangdut popular Mas Idayu mendedahkan kehilangan wang daripada akaun bank dalam jumlah yang banyak.

Penyanyi lagu Cintaku 100%  itu, mengakui pelik apabila wang itu dikeluarkan menerusi mesin pengeluaran automatik (ATM) sedangkan ketika itu dia berada di rumah.

“Kad ini sudah ditutup selepas saya buat laporan tentang kehilangan duit yang terlalu banyak. Pengeluaran terakhir pada 11 September kerana 12 September adalah hari jadi anak saya dan 13 September saya tidak keluar ke mana-mana. Tapi saya dimaklumkan ada empat kali pengeluaran dilakukan dalam jumlah beribu-ribu ringgit.

“Kad ini hanya satu dan pada saya, bagaimana orang lain boleh keluarkan melalui kad lain di ATM bukan secara online. Mereka keluarkan di mesin ATM Meps yang sukar untuk dikesan,” ujarnya.

Mas Idayu mendedahkan perkara itu di laman sosial Instagram miliknya pada Selasa.

Sementara itu katanya, dia sudah membuat laporan polis berkaitan perkara terbabit.

Dalam pada itu, Mas Idayu berkata, kejadian kehilangan duit di bank itu merupakan kali kedua yang pernah dialaminya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *