“Masa nak tajaan baju bukan main lagi” – Ezuwan Ismail ‘bahasakan’ artis mana?

Posted on

Pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail tempelak segelintir artis yang memberi pelbagai alasan untuk tidak menghadiri pertunjukan fesyennya. Foto Instagram @ezuwanismail

PETALING JAYA: Pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail meluahkan rasa terkilan berhubung sikap segelintir artis yang memandang ringan terhadap jemputan yang dilayangkan kepada mereka untuk menghadiri pertunjukan fesyennya.

Ezuwan menerusi Instagram memberitahu ada di antara mereka memberi pelbagai alasan untuk mengelak daripada hadir malah tidak membalas mesej yang dihantar.

Katanya lagi, dia tidak meminta lebih daripada segelintir golongan ini sebaliknya sekadar sokongan sebagai rakan seindustri.

“Ni bukan semua artis ya… Sesetengah artis Malaysia sahaja.

“Kalau masa nak pinjam baju atau nak baju tajaan bukan main lagi tapi masa pereka fesyen nak sokongan dan suruh datang pertunjukan fesyen macam-macam alasan.

Luahan Ezuwan di InstaStory.

“Whatsapp pun tak balas… Hello Uols, ingat Iols kederat sangat nak ajak uols datang?,” tulisnya.

Ezuwan bakal melancarkan koleksi terbaharunya menerusi Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018 (KLFW2018) pada Sabtu (hari ini) yang diadakan di pusat beli-belah Pavilion dekat sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *