Masih bersedih, Ariana Grande batal hadiri Anugerah Emmy 2018

Posted on

Ariana masih bersedih dengan kematian bekas kekasih Mac Miller. Foto: E! News

PENYANYI Ariana Grande dilaporkan masih belum bersedia untuk bertemu peminat selepas kematian bekas kekasihnya, Mac Miller.

Penyanyi lagu No Tears Left To Cry sepatutnya menghadiri anugerah Emmy 2018 di Microsoft Theater, Los Angeles, pada Isnin lalu.

Namun, pihak pengurusan memaklumkan bahawa Ariana memilih untuk tidak menghadiri acara tersebut.

“Ariana tak dapat hadir anugerah Emmy, kekasihnya iaitu Pete Davidson juga tidak datang,” kata wakil tersebut kepada E! News.

Sebelum majlis tersebut berlangsung dapat dilihat tertera dua kerusi dengan nama Ariana dan Peter yang menunjukkan pasangan ini sepatutnya menghadiri acara tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *