Mawar Rashid dedah tabiat pelik mengidam makan tepi pantai

Posted on

Kandungan Mawar Rashid kini berusia empat bulan.

PELAKON Mawar Rashid berkata dia berdepan dengan beberapa tabiat pelik ketika diawal kehamilan anak pertamanya itu.

Menurut Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 23, diawal tiga bulan kandungan, dia mengalami sedikit alahan ringan, namun tidaklah seteruk wanita hamil yang lain.

“Trimester pertama kehamilan tak ada alahan yang teruk, muntah pun sikit-sikit sahaja, cumanya saya tak boleh bau minyak wangi dan tak boleh nak masuk dapur sangat.

ARTIKEL BERKAITAN: Hamil anak pertama, Mawar Rashid mual bau wangi

ARTIKEL BERKAITAN: Masih ingin bermanja penyebab Mawar Rashid belum sedia timang anak

“Yang peliknya, saya agak memilih soal makan, contohnya saya tak suka makan bahagian yang keras disekeliling roti. Kalau sebelum mengandung, makan apa pun okay sahaja!

“Sekarang ini semuanya dah kembali normal dan saya dah boleh bekerja seperti biasa,” katanya kepada mStar Online.

Mawar bersama suami, Raf Yaakob.

Peserta program Dewi Remaja 2015 ini hamil anak sulung dan kini kandungannya berusia empat bulan.

Dalam pada itu, Mawar memberitahu dia turut ‘mengidam’ sesuatu yang baginya agak pelik iaitu mahu menikmati makanan laut di tepi pantai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *