Maya Matahari rasa lebih dihormati selepas berhijab

Posted on

Maya berhijab sejak Ramadan lalu.

HASRAT penyanyi Maya Matahari untuk bertudung dipermudahkan apabila dia tekad untuk meneruskan penampilan menutup aurat itu selepas sambutan Hari Raya Aidilftri lalu.

Pemilik nama sebenar Meyanaliza Ruslee, 42, berkata, penampilan baharu itu membuatkan dirinya rasa lebih dihormati terutama membuat persembahan dan bertemu peminat.

“Imej kita lebih bersih bila berhijab dan orang akan lebih hormat terutamanya bila ramai yang nak bergambar dan kadang-kadang tidak perasan terpegang.

“Tapi jika bertudung mereka akan berhati-hati menjaga batasan terutama peminat lelaki, nak bersalaman pun mereka akan fikir dua kali,” ujarnya.

Maya serahkan soal jodoh kepada Allah.

Dalam pada itu, ditanya sama ada peribahan tersebut dibuat selepas mempunyai hasrat untuk mendirikan rumahtangga, penyanyi lagu Matahari menafikan perkara itu.

Maya yang mengakui sedang mengenali seorang lelaki menyerahkan soal jodoh kepada Allah taala.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *