Menang banyak anugerah, Park Shin Hye masih gugup depan kamera

Posted on

Park Shin Hye bimbang reaksi penonton. Foto: SOOMPI

PELAKON Park Shin Hye mendedahkan dia masih gugup dan gementar apabila beraksi di depan kamera.

Menerusi program SBS, aktres cantik ini mengakui perasaan itu muncul kerana dia memikirkan komen penonton yang bakal menyaksikan lakonannya itu.

“Sejujurnya, saya gementar apabila berada di depan kamera, selalu saya fikirkan apa tanggapan penonton apabila tengok lakonan saya,” katanya.

Park Shin Hye merupakan artis popular Korea Selatan dan pernah memenangi anugerah di Baeksang Arts Awards.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *