Menginjak usia 20 tahun, Anak Nourul, Ajai dipuji semakin cantik

Posted on

Nourul bangga dapat anak seperti Ayu.

PENYANYI Nourul Wahab memuat naik foto terbaharu anak sulungnya Ayu Nazirah yang kini berusia 20 tahun mendapat perhatian netizen.

Nourul atau Noorul Huda Abdul Wahab, 40, yang berkongsi ucapan ulang tahun hari lahir itu turut memuat naik beberapa foto kenangan ketika sedang mengandung dan membesarkan anaknya itu.

“Anakku, kamu kini sudah berusia 20 tahun. Saya berbangga mempunyai anak seperti kamu.

“Hari ini saya akan penuhi timeline hanya tentang kamu. Saya sayang kamu dan berseronoklah pada hari istimewa ini,” tulisnya.

Nourul kongsi foto kenangan.

Ayu merupakan anak hasil perkahwinan Nourul dengan suami pertamanya iaitu komposer, Ajai.

Rata-rata memuji kecantikan anak gadisnya penyanyi itu yang kini semakin meningkat dewasa.

Segelintir juga menyifatkan Ayu mewarisi kejelitaan wajah ibunya.

Dalam entri lain, Nourul juga berkongsi sepanjang membesarkan anak sulungnya itu dia tidak mempunyai pembantu rumah sehingga bayi tersebut berusia dua tahun.

Dia juga mendedahkan anaknya takut dengan Ajai kerana terlalu tegas sehingga membuatkan hubungan mereka lebih rapat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *