Meninggal sehari sebelum sambut ‘birthday’ Pak Ngah, suami Noraniza Idris kongsi hari lahir

Posted on

Suami Noraniza berkongsi tarikh lahir yang sama dengan komposer terkenal Pak Ngah. Foto Instagram: @noraniza_idris.

SELAIN Datuk Seri Siti Nurhaliza, penyanyi Noraniza Idris turut terkesan dengan berita kehilangan komposer irama Malaysia iaitu Datuk Suhaimi Mohd. Zain atau Pak Ngah.

Noraniza, 50, memberitahu, Allahyarham Pak Ngah berkongsi tarikh lahir dengan suaminya, Jefri Hudi iaitu 26 September yang disambut pada Rabu.

Kata Noraniza, Allahyarham yang dianggap seperti permata negara itu telah pergi di saat genre Irama Malaysia memerlukan kehadiran beliau.

“Dua insan penting dalam hidup saya telah berkongsi tarikh lahir yang sama hari ini. Hari penting untuk disambut dalam suasana yang tak tentu rasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Gurau senda Pak Ngah kekal dalam ingatan Siti Nurhaliza


Noraniza memuat naik status panjang sempena ulang tahun kelahiran suaminya dan Allahyarham Pak Ngah.

“Sememangnya hari ini menjadi sejarah buat semua rakyat Malaysia kerana kita kehilangan sebutir permata negara yang banyak menaburkan baktinya untuk selama-lamanya.

“Pemergiaannya di ambang tahun kelahirannya yang ke 60. Perjuangannya jelas. Saat #iramamalaysia masih terkapai-kapai memerlukan kehadirannya.

“Dia pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Reda… dan terus reda. Sampai masanya dia pergi dan kami telah sedia reda,” katanya.

Komposer lagu Cindai ini meninggal dunia di Batam, Indonesia kira-kira pukul 3 petang Selasa dan jenazah dijangka tiba di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur pada petang Rabu.

Komposer yang berusia 60 tahun itu dikatakan rebah secara tiba-tiba. Dia bersama isterinya, Datin Sharifah Muhani dan seorang anak mereka pergi ke Batam atas urusan kerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *