Mimi Fly tertarik dengan latar belakang budaya kekasih baharu dari Mesir

Posted on

Mimi selesa bersama kekasih baharunya namun belum terfikir untuk membawa hubungan ke peringkat yang lebih serius.

PUTRAJAYA: Penyanyi Mimi Fly tertarik untuk mengenali kekasih baharunya, Muhanad El Saddiq MD dengan lebih dekat kerana latar belakang budaya yang berbeza.

Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 31, berkata perbezaan itu membuatkan kehidupan mereka lebih menarik dan seronok.

“Selain menyukai keperibadiannya yang baik, saya juga suka dan tertarik nak tahu mengenai latar belakangnya kerana kami mempunyai budaya yang berbeza.

“Saya suka nak belajar budaya baharu. Walaupun budaya dan cara hidup kami berbeza tapi itulah yang akan membuatkan hidup kami lebih menarik dan manis.

ARTIKEL BERKAITAN: Cerai: Mimi Fly Minta Jangan Keruhkan Keadaan


Mimi mahu mengetahui lebih mengenai budaya kekasihnya.

“Bagi saya, proses perkenalan ini akan membuatkan hidup kami lebih seronok,” kata Mimi kepada mStar Online.

Mimi ditemui di malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam Ahad.

Mimi menemui cinta hati baharunya, jejaka kelahiran Mesir itu sekitar November tahun lalu dan mula menjalani hubungan serius pada awal tahun ini.

Dalam pada itu, Mimi memberitahu dia selesa berkawan rapat dengan Mahanad yang juga jurulatih peribadinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *