Minho SHINee mahu segera kahwin

Posted on

Anggota kumpulan SHINee, Minho mahu segera mendirikan rumah tangga.

PENYANYI kumpulan SHINee iaitu Minho memberitahu dia mahu segera mendirikan rumah tangga memandangkan umurnya hampir mencecah 30 tahun.

Minho bagaimanapun memberitahu walaupun sudah berkahwin dia mahu meneruskan kariernya dalam bidang muzik selain berharap dapat bergelar pelakon.

“Saya mahu berkahwin tetapi pada masa sama karier perlu diteruskan dan jika ada peluang saya mahu bergelar pelakon.

“Harap-harap impian untuk mempunyai keluarga itu tercapai apabila umur saya memasuki 30 tahun,” katanya seperti dilaporkan Koreaboo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *