Minhyun (Wanna One) terima tawaran jadi duta kosmetik

Posted on

Minhyun bakal jadi duta dan model produk kosmetik. Foto: Allkpop

ANGGOTA kumpulan Wanna One iaitu Minhyun dikhabarkan bakal menjadi duta dan model untuk salah satu jenama kosmetik popular.

Menerusi portal hiburan Allkpop, Minhyun bersetuju menerima tawaran tersebut setelah mencapai kesepakatan antara kedua-dua pihak.

Menurut sumber, penyanyi berusia 23 tahun ini dipilih menjadi wajah untuk produk kosmetik I’M MEME di bawah jenama MEMEBOX.

Tawaran tersebut menjadikan Minhyun sebagai anggota ketiga dalam Wanna One yang dipilih menjadi duta solo selepas Kang Daniel dan Park Ji Hoon.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *