'Munafik 2' atasi 'HKL', pecah rekod RM40 juta

Posted on

Syamsul Yusof mengarah filem Munafik 2.

FILEM Munafik 2 akhirnya memecahkan rekod sebagai filem Melayu paling tinggi kutipan iaitu sebanyak RM40 juta dalam tempoh 17 hari ditayangkan.

Filem tersebut sekaligus mengenepikan filem arahan Mamat Khalid Hantu Kak Limah (HKL) yang mengutip RM35 juta bulan lalu.

Syamsul yang mengumumkan perkara itu mengucapkan syukur dan terima kasih kepada penonton yang memberi sokongan kepada filem berkenaan.

“Mencecah kutipan Rm 40 juta hanya dalam 17 hari tayangan. Suatu fenomena luar biasa sinema Malaysia. Bukan mudah untuk filem Melayu capai ke tahap ini. Tsunami filem Melayu.

“Alhamdulillah & terima kasih. Majulah industri filem Malaysia,” ujarnya.

Sebelum ini Munafik 2 mencipta rekod tersendiri apabila mencapai kutipan membanggakan untuk tayangan awal di pawagam pada 29 Ogos lalu.

Ia menjadikan filem tempatan yang menerima kutipan tertinggi untuk tayangan awal iaitu sebanyak RM2.05 juta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *