Muzik pulihkan kemurungan Ellie Goulding

Posted on

Ellie Goulding memberitahu muzik membantunya mengatasi masalah kemurungan.

PENYANYI Ellie Goulding memberitahu muzik telah menyelamatkannya daripada masalah kemurungan yang dihadapi sebelum ini.

Kata Ellie, muzik adalah peneman paling baik baginya untuk memastikan dia tidak terus terbawa-bawa dengan perasaannya sendiri selain berada dalam kesedihan.

“Sejak kecil lagi muzik menjadi peneman saya jika berasa tertekan atau sedih.

“Mungkin ia tidak berkesan kepada orang lain tetapi untuk saya, muzik membantu saya melalui fasa terburuk dalam diri saya iaitu kemurungan,” katanya seperti dilaporkan The Sun.

Ellie berkata, kemuncak kemurungannya berlaku apabila dia bergelar penyanyi sejak tahun 2010.

Katanya kehidupan dia ketika itu berubah namun dalam pada masa sama ia memberikan banyak tekanan sehingga menyebabkan dia menghadapi kemurungan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *