Naim Daniel pernah terfikir nak jadi ‘viral’

Posted on

Naim enggan dikenali menerusi viral yang tidak elok.

PUTRAJAYA: Pelakon Naim Daniel berkata dia pernah terfikir untuk melakukan sesuatu agar apa filakukan itu menjadi tular.

Namun, Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 21, berkata dia menyedari perkara tersebut tidak akan memberi hasil yang baik.

“Saya pernah juga terfikir sepanjang dalam dunia hiburan ini tak ada lagi perkara jahat yang saya buat untuk jadi viral.

“Memang tidak dinafikan zaman sekarang, platform media sosial memainkan peranan penting. Apabila nama kita viral, senang nak dikenali.

Naim Daniel.

“Tapi buat apa saya nak lakukan sesuatu yang tidak elok. Jadi, biarlah orang mengenali saya dari segi bakat yang ada,” katanya kepada mStar Online.

Naim ditemui ketika rakaman Showcase Muzik-Muzik 33 bertempat di Ground Floor Centre Court, IOI City Mall, di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Naim yang kini lebih memberi tumpuan pada bidang nyanyian memberitahu dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon.

Menurut penyanyi lagu Sekali Lagi ini, dia terpaksa mengorbankan bidang lakonan buat sementara waktu demi ‘periuk nasi’ baharu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *