Naim Daniel tak guna ‘autotune’ untuk sedapkan suara!

Posted on

Naim terima kritikan dengan hati terbuka. Foto: AZLINA ABDULLAH

SERING memuat naik rakaman lagu cover di laman sosial, penyanyi baharu Naim Daniel menerima kritikan daripada penonton yang beranggapan dia menggunakan fungsi suntingan suara (autotune) untuk menyedapkan nyanyian.

Bagaimanapun, Naim, 21, menjelaskan dia tidak menggunakan sebarang aplikasi untuk membuatkan suaranya merdu seperti didakwa sesetengah pihak.

“Sejujurnya, saya tak guna sebarangan aplikasi khas untuk cantikkan suara. Sebaliknya hanya rakam menggunakan mikrofon telefon dan miming semula dalam video.

“Bukan itu sahaja, ada juga penonton fikir suara saya sedap sebab mereka nampak mikrofon dalam video tersebut. Sedangkan mikrofon ‘mahal’ itu hanyalah hiasan semata-mata.

Naim kerap hasilkan lagu cover di laman sosial.

“Sebenarnya saya rakam pakai mikrofon telefon sahaja dan dilaraskan menggunakan fungsi suntingan biasa,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Naim mengakui tidak terkesan dengan kritikan penonton kerana itu sedikit sebanyak membuktikan mereka menyedari kewujudannya dalam industri.

Malah, komen tersebut dijadikan pembakar semangat untuk dia lebih berusaha dan melakukan yang terbaik ketika melakukan persembahan pentas secara langsung.

“Saya tak kisah dengan komen negatif itu kerana ia membuktikan mereka nampak apa kita buat serta menunjukkan masyarakat semakin bijak dan sudah tahu mengenai teknologi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *