Nak berjalan pun kena berhenti kerana jantung – Mamat Khalid

Posted on

Mamat tidak boleh berasa tertekan.

PETALING JAYA: Pengarah filem terkenal, Mamat Khalid memberitahu dia tidak boleh menerima sebarang tekanan kerana perkara itu boleh mengganggu tahap kesihatannya.

Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid, 55, berkata dia perlu menjaga kesihatan kerana mempunyai masalah jantung yang tidak stabil.

“Keadaan saya sekarang masih sakit. Doktor nasihatkan saya jangan ada tekanan. Kena banyakkan berehat sahaja sebab jantung saya tak stabil.

“Sebab itu, kalau saya berjalan pun kena berhenti untuk duduk sekejap bagi merehatkan diri,” kata Mamat kepada mStar Online.


Mamat perlu berehat dengan baik.

Mamat ditemui ketika malam tayangan filem Hantu Kak Limah di MMCineplexes [email protected], di sini pada malam Selasa.

Dia pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor pada tahun lalu selepas mengadu sesak nafas.

Dalam pada itu, Mamat berkata dia menerbitkan filem terbaharunya itu hanya semata-mata untuk menghiburkan penonton.

Kata Mamat, dia hanya ingin melihat sepanjang penonton menonton filem tersebut tidak berhenti ketawa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *