‘NENO tempat Nora Danish, suami kongsi hal peribadi

Posted on

Nora Danish dan Nedim Nazri tampil dengan vlog, NENO di YouTube. Foto Instagram @noradanish

PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish dan suami, Nedim Nazri tampil melacarkan saluran YouTube yang dinamakan NENO iaitu singkatan bagi nama mereka.

Nora memberitahu kewujudan saluran YouTube itu bakal memaparkan kehidupan seharian mereka sekeluarga di samping menyelitkan tip kepada penonton tentang keibubapaan dan kekeluargaan.

“NENO akan memaparkan diri kami yang lebih bersahaja dan membenarkan kami untuk berinteraksi dengan lebih peribadi dan secara langsung bersama peminat.

“Ia bercirikan vlog keluarga dan percutian yang akan menunjukkan aktiviti kami sekeluarga ketika tidak sibuk dengan aktiviti penggambaran,” katanya.

Dalam pada itu, Nora berkata, menerusi vlog itu juga mereka ingin berkongsi pengalaman suka dan duka mereka sebagai pasangan dan sebuah keluarga.

Nora dan Nedim turut berkongsi pengalaman percutian dalam vlog mereka.

“Kami memang telah lama inginkan sebuah saluran YouTube untuk mendokumentasikan kehidupan kami sebagai pasangan dan kini sebagai sebuah keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *