Nico G akui tak mudah tarik peminat baharu

Posted on

Nico G akui sukar untuk menarik peminat generasi baharu.

KAJANG: Pencetus irama muzik Hip Hop Malaysia iaitu Nico G masih lagi aktif dalam bidang nyanyian namun memerlukan masa untuk menarik peminat generasi baharu.

Salah seorang anggotanya iaitu Affa berkata sekiranya mahu dikenali sehingga kini, mereka perlu menghasilkan lagu yang menjadi ikutan.

“Kami tetap nak jadi terkenal sampai sekarang. Untuk dapatkan peminat baharu dalam generasi muda ini susah.

“Kita kena cipta sebuah lagu yang menjadi ikutan, yang mereka dengar dan suka. Sebab itu kami ada rancangan untuk hasilkan lagu baharu.

Nico G bakal keluarkan single terbaharu.

“Nico G masih lagi aktif dan sedang mencari peluang. Kami tahu rezeki itu milik Allah, kena usaha bersungguh-sungguh,” katanya kepada mStar Online.

Nico G ditemui ketika majlis pelancaran kempen Gempak Merdeka di Bangi Wonderland Theme Park & Resort, di sini pada Jumaat.

Selain Affa atau Muzaffar Shah Baharin, 40, Nico G turut dianggotai oleh Nico, 43, (Abdul Fashah Abd Aziz, 43) dan  Dino, 41, (Mohd Shah Rosli). 

Dalam pada itu, syarikat Nico G Entertainment buat kali kedua bekerjasama dengan Bangi Wonderland Theme Park & Resort menganjurkan kempen Gempak Merdeka.

ARTIKEL BERKAITAN: Permainan air, artis popular ceriakan bulan kemerdekaan di Bangi Wonderland

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *