Nizen Ayob sihat sepanjang 4 tahun berlakon Gerak Khas – Yusof Haslam

Posted on

Yusof sifatkan Nizen pelakon berbakat.

PENERBIT drama bersiri kepolisan Gerak Khas Datuk Yusof Haslam berasa sedih dengan berita pemergian pelakon drama itu Nizen Ayob pada Isnin.

Yusof, 64, berkata, Nizen sentiasa berada dalam keadaan sihat sepanjang menjalani penggambaran drama tersebut tahun lalu.

“Saya terkejut mendengar berita itu semalam (Isnin) kerana sepanjang dia menjalani penggambaran drama Gerak Khas dia tidak pernah sakit dan berhadapan dengan masalah kesihatan kritikal.

“Dia ikut kami shooting hingga ke Thailand tahun lalu tapi semuanya baik sahaja,” ujarnya kepada mStar Online pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Gerak Khas – Nizen Ayob meninggal dunia

Pelakon Nizen Ayob meninggal dunia pada pukul 11.55 pagi Isnin di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Menurut pelakon Salina Saibi, doktor mengesahkan Allahyarham meninggal dunia akibat kegagalan fungsi buah pinggang.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Pekan Layang-Layang Johor Bahru.

Yusof berkata, Nizen mula menyertai drama tersebut sebagai Inspektor Nizam sejak tahun 2014.

Bagaimanapun, wataknya direhatkan pada tahun ini dan digantikan dengan beberapa pelakon lain untuk memberi nafas baharu kepada drama berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *