Nourul Wahab mulanya segan kongsi berita hamil anak keempat

Posted on

Nourul dijangka bersalin anak keempat pada tahun hadapan.

PENYANYI Nourul Wahab pada mulanya berasa segan untuk memberitahu kepada umum bahawa dia kini sedang hamil anak keempat dan kandungannya sudah memasuki lapan bulan.

Nourul atau Noorul Huda Abdul Wahab, 40, berkata dia memilih untuk berkongsi berita itu kerana ingin mengelakkan daripada salah faham.

“Pada mulanya saya segan nak beritahu mengenai kehamilan ini. Yela, sebab sudah nak masuk anak keempat. Tak ada benda nak kongsi pun.

ARTIKEL BERKAITAN: Cemas… anak Nourul Wahab sawan di pusat beli-belah

ARTIKEL BERKAITAN: Menginjak usia 20 tahun, anak Nourul, Ajai dipuji semakin cantik


Nourul kongsi berita kehamilan di laman sosial.

“Tapi disebabkan takut berlaku salah faham, saya memilih untuk berkongsi juga berita gembira ini.

“Takut nanti pengikut laman sosial pertikaikan kenapa badan saya berisi sedangkan saya berniaga produk untuk kurus,” kata Nourul kepada mStar Online.

Nourul telah berkongsi berita kehamilannya menerusi laman sosial pada Jumaat lalu dan rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah.

Dalam pada itu, Nourul merancang untuk memiliki seorang lagi anak perempuan namun tidak meletakkan harapan tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *