Orang Indonesia menangis tonton ‘Munafik 2’

Posted on

Pemamer di Indonesia minta tambah panggung untuk tayangan Munafik 2.

MULA ditayangkan di pawagam seluruh Indonesia pada Rabu, filem Munafik 2 menerima sambutan hangat penonton negara seberang.

Penerbit Skop Production iaitu Datuk Yusof Haslam berkata disebabkan sambutan luar jangkaan, jumlah panggung ditambah atas permintaan pemilik pawagam.

Munafik 2 menerima sambutan di Indonesia, daripada 50 pawagam sahaja sudah ditambah ke 100 pawagam atas permintaan pemilik pawagam.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Munafik 2’ atasi ‘HKL’, pecah rekod RM40 juta

“Malam gala diadakan pada hari pertama tayangan di Jakarta dan sambutan serta respons media di sana sangat menggalakkan,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Dalam pada itu, Yusof turut berkongsi pandangan penonton di Indonesia mengenai filem tersebut.

Datuk Yusof Haslam.

“Rata-rata penonton menyukai filem ini dan ramai yang menangis di akhir cerita. Bagi mereka ini adalah filem seram dakwah yang sangat meninggalkan kesan.

“Syukur Alhamdulillah… sambutan yang diberi ini amat bermakna buat industri filem tanah air,” ujarnya.

Munafik 2 memecahkan rekod sebagai filem Melayu paling tinggi kutipan di negara ini iaitu sebanyak RM40 juta dalam tempoh 17 hari ditayangkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *