Orang Johor boleh serbu Jelajah Suria pada Sabtu

Posted on

Para penyampai Suria sempat 'posing' berlatarbelakangkan peminat mereka dalam siri jelajah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada minggu lalu.

PETALING JAYA: Jelajah Suria 2018 akan menamatkan siri promosinya di Angsana Johor Bahru Mall Sabtu ini dengan penampilan barisan artis-artis popular.  

Para peminat SURIA akan berpeluang bertemu penyampai SURIA dan barisan artis selain berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM500 melalui pertandingan Kutu Karoks.

Acara yang bakal bermula dari jam 2 petang hingga 6 petang itu akan menampilkan dimeriahkan artis-artis popular seperti Irfan Haris, Wanie Kayrie, Syafiq Farhain, Afieq Syazwan, Floor 88, Amir Masdi, Tyka, Ary Klangit dan Amir Ukays.

Penyampai Suria yang mengambil bahagian pula ialah DJ Lin, Sharifah Shahira, Fizi Ali, Tyzo, Suraya Borhan, Feeya Iskandar, Issey dan Shahrol Shiro.

Kepada orang ramai yang tidak dap[at ahdir boleh mengikuti acara ini menerusi siaran langsung di saluran Suria melalui frekuensi negeri masing-masing pada pukul 5 petang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *