“Pakai baju ropol keliling dunia… muah sana, muah sini, ‘sendu’ tu anda” – Diana Danielle bidas Vida

Posted on

Diana turut terkesan dengan kenyataan yang dikeluarkan Vida mengenai artis 'sendu'.

KENYATAAN usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) melabelkan artis yang tidak muncul di televisyen terlalu lama adalah ‘sendu’ mencetuskan kemarahan beberapa selebriti tempatan.

Salah seorang selebriti iaitu pelakon Datin Diana Danielle turut meluahkan rasa marah terhadap Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman.

Kata Diana, 27, istilah ‘sendu’ itu sepatutnya ditujukan kepada Vida sendiri yang menceburi semua bidang hanya semata-mata untuk menjual produk yang dianggap tidak dikenali.

“Yang sebenarnya sendu adalah anda yang kalau tak pakai baju ropol keliling dunia, muah sana muah sini, dengan kontroversi ntah apa-apa.

ARTIKEL BERKAITAN: Aishah tetap enggan minta maaf! Dah berlian palsu… ia tetap palsu

ARTIKEL BERKAITAN: Perkataan berlian palsu dijaja Aishah musnahkan semua bisnes Vida


Status yang dimuat naik Diana ditujukan kepada Vida selepas wanita itu mengeluarkan kenyataan mengenai artis ‘sendu’.

“Semua jadi bidang terjun nak menyanyi nak host nak berlakon, semata-mata sebab nak jual produk sendumu! Ada hati nak panggil orang sendu,” katanya.

Isteri kepada pelakon Datuk Farid Kamil ini meluahkan perasaannya itu menerusi laman Instastory miliknya pada Rabu.

Selain Diana, antara selebriti yang turut terkesan dengan kenyataan tersebut ialah Noraniza Idris.

Menerusi laporan mStar Online pada Ahad lalu, Vida berkata program Gegar Vaganza (GV) diadakan bertujuan untuk mengangkat martabat artis yang ‘sendu’.

Sendu dalam maksud dunia hiburan membawa pengertian seseorang yang semakin suram dalam kerjaya atau sudah tidak lagi dikenali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *