“Pakai baju ropol keliling dunia… muah sana, muah sini, ‘sendu’ tu anda” – Diana Danielle bidas Vida

Posted on

Kenyataan itu dikeluarkan selepas kemelut dia dan penyanyi Aishah terus berpanjangan apabila penyanyi Janji Manismu itu memberi tempoh tujuh hari kepada Vida berhubung hadiah barang kemas didakwa palsu selain permohonan maaf.

Kemelut antara Vida dan Aishah masih berpanjangan.

Dalam pada itu, Diana juga beranggapan tanpa platform program hiburan, Vida tidak ada peluang untuk menaja bagi mempromosikan produk sendiri.

Pelakon filem Gol & Gincu 2 ini turut mempertikaikan tindakan Vida menggunakan artis-artis yang didakwanya ‘sendu’ itu untuk menjual produk.

“Tanpa program-program yang anda sendiri tercari-cari nak taja pun, anda nak promosi produk mu di mana?

“Kenapa tak promosi dekat Awani ke RTM on 2? Kenapa perlu gunakan artis-artis yang mu cakap sendu dingin tu?” ujarnya.

Terbaru, Vida telah membuat sidang media menuntut Aishah supaya membuat permohonan maaf kerana menggunakan perkataan ‘berlian palsu’ terhadap barang kemas tersebut.

Pada 25 Ogos lalu, Aishah mendedahkan masih belum menerima hadiah tersebut selain mendakwa barangan kemas tajaan Vida yang bernilai RM80,000 adalah palsu.

Bagaimanapun hadiah lain seperti wang tunai berjumlah RM100,000, pakej percutian ke Eropah Timur dan baucer beli-belah sudah diterimanya.

Tags / Kata Kunci: Datin Diana Danielle , Datuk Seri Vida , Aishah

Mstar