'Paskal' raih kutipan RM2 juta pada tayangan pembukaan!

Posted on

Filem Paskal mendapat kutipan sebanyak RM2 juta pada hari pembukaan pada Khamis.

INDUSTRI perfileman tempatan nampaknya semakin menunjukkan perkembangan positif apabila filem aksi terbaharu Paskal meraih kutipan cemerlang iaitu RM2 juta pada tayangan pembukaan pada Khamis.

Filem arahan Adrian Teh itu mencipta rekod tersendiri apabila menjadi naskhah kedua tertinggi selepas Munafik 2 yang meraih RM2.05 juta dalam tempoh sama.

Berita gembira itu dikongsi oleh pihak penerbit Paskal, Astro Shaw di Instagram pada Jumaat.

Paskal yang menjalani penggambaran di Lumut, Perak, Semporna, Sabah dan Mahgribi itu menampilkan barisan pelakon seperti Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G dan Jasmine Suraya.

Ia sedang ditayangkan di seluruh Malaysia dan Brunei.

Menerusi ruangan komen, rata-rata memberitahu kagum dengan Paskal yang disifatkan setafat dengan karya daripada Hollywood.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *