Pelakon berdialog ketika prosedur intubat, pengarah minta maaf

Posted on

Babak lakonan Sura Sojangi dikritik netizen.

PENGARAH drama, Mohd Fazli Yahya memohon maaf dan mengakui kesalahannya dalam adegan di sebuah hospital menerusi drama Cinta Koko Coklat.

Fazli atau lebih mesra dengan panggilan Pali Yahya, berkata dia ada merujuk kepada pihak hospital sebelum melakukan babak tersebut ketika pesakit melalui prosedur intubat.

“Berkenaan dengan babak itu, saya akui kesalahan itu dan ia datang daripada kelemahan saya juga.

“Tapi untuk pengetahuan semua, sudah tentu saya ada merujuk pihak hospital untuk setiap babak yang melibatkan hospital.

“Babak tersebut bukan dilakukan dengan sengaja tanpa rujukan,” kata Pali kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: X-Ray boleh kesan hilang ingatan? Pengarah ‘Mona Lisa’ mengaku cuai


Netizen mempersoalkan pihak produksi tidak melakukan rujukan sebelum melakukan babak yang melibatkan amalan perubatan.

Pali diminta mengulas mengenai babak pelakon Sura Sojangi sedang berdialog dengan doktor ketika saluran tiub atau intubat dimasukkan ke dalam saluran mulut bagi tujuan rawatan.

Seharusnya sesiapa yang melalui proses itu tidak boleh bercakap dan adegan yang ditonjolkan itu seharusnya tidak berlaku jika seseorang mendapatkan rawatan sebenar.

Ramai netizen menganggap kesilapan dilakukan pengarah drama tersebut disebabkan dia tidak melakukan kajian terlebih dahulu.

Menurut pengarah berkenaan, penggambaran tersebut telah dijalankan di KPJ Rawang Specialist Hospital.

Menurutnya, setiap dialog dan tindakan yang melibatkan fakta telah dirujuk terlebih dahulu kepada pihak hospital tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *