Pelawak Hazmeer perlu RM18,000 rawatan jantung anak

Posted on

Hazmeer rayu bantuan untuk kos pembedahan anaknya.

PELAWAK Hazmeer Hassan berhadapan ujian besar apabila cahaya mata pertamanya berdepan masalah jantung sejak dilahirkan dua bulan lalu.

Ahli kumpulan XOXO ini berkata, bayi lelaki yang dilahirkan pada 16 Jun lalu itu mempunyai masalah injap jantung terbalik yang menyebabkan kekurangan darah memasuki paru-paru.

“Penyakit itu dikesan selepas setenggah jam dia dilahirkan dan doktor memanggil saya untuk menjelaskan keadaan kesihatannya.

“Sejak dia dilahirkan saya belum sempat mendukungnya dan hanya mampu melihat daripada inkubator sahaja,” ujarnya kepada mStar Online.


Fad Bocey, Ajak dan Shahrol Shiro antara rakan artis yang tampil merayu bantuan untuk Hazmeer.

Hazmeer berkahwin dengan Siti Zafirul Azzah pada Ogos tahun lalu.

Bayi yang diberi nama Muhammad Sher Harraz itu kini dirawat di wad penjagaan intensif untuk bayi (NICU) di Hospital Melaka.

Sementara itu, dia yang bekerja sebagai penyampai sambilan di Melaka FM sudah mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Sudah dua kali ke IJN bagi pemeriksaan dan pada fasa pertama doktor beritahu akan buat pembedahan bagi menambah saluran darah ke paru-paru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *