Pelik… Allahyarham Nizen Ayob jemput sahabat kendurinya Sabtu ini

Posted on

Marina sedih kehilangan rakan baiknya, arwah Nizen Ayob.

BEKAS peserta program Pilih Kasih yang juga rakan baik Allahyarham Nizen Ayob iaitu Marina Jose berkongsi rasa sedih dan terkejut dengan pemergian pelakon itu pada Isnin.

Marina berkata, pelakon Gerak Khas itu tidak mahu bertemunya sejak kebelakangan ini dan hanya memuat naik foto kenangan mereka di laman sosial.

“Saya sangat terkejut dan sedih kerana sudah beberapa bulan kami tak berjumpa dan saya tidak tahu mengapa dia sering mengelak apabila saya ajak jumpa.

“Dia muat naik foto kenangan kami bersama dengan kapsyen rindu nak jumpa. Tapi bila saya telefon dan mesej dia tidak berjawab,” ujarnya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Gerak Khas – Nizen Ayob meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Nizen Ayob sihat sepanjang 4 tahun berlakon Gerak Khas – Yusof Haslam


Allahyarham pernah memuat naik status seakan menggambarkan dia bakal berkahwin.

Pelakon Nizen Ayob meninggal dunia pada pukul 11.55 pagi Isnin di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Allahyarham yang berusia 33 tahun meninggal dunia akibat kegagalan fungsi buah pinggang.

Marina berkata dia sempat mengunjungi pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Pekan Layang-Layang Johor Bahru pada petang Isnin lalu.

Dalam pada itu, Marina turut berasa pelik apabila Allahyarham ada menjemput dia dan beberapa rakan bekas peserta program Pilih Kasih lain untuk datang kenduri di rumahnya pada 11 Ogos ini.

“Dia jemput saya dan beberapa rakan lain datang kenduri 11 Ogos ini  (Sabtu ini) dan saya fikir dia mahu berkahwin atau bertunang sebab itu adalah hari jadi dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *