Peminat cilik pengsan dapat jumpa Chris Brown

Posted on

Chris Brown mendukung peminat ciliknya yang tiba-tiba pengsan.

TERKEJUT dijemput naik ke pentas ketika penyanyi Chris Brown sedang mengadakan persembahan, seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun pengsan apabila berpeluang bertemu dengan idolanya secara dekat.

TMZ melaporkan Parion McCoy dijemput naik ke pentas ketika Chris sedang menyanyikan lagu berjudul Loyal sebelum kanak-kanak itu tiba-tiba rebah.

Parion bernasib baik kerana Chris bertindak pantas dengan menyambutnya daripada terjatuh ke lantai pentas.

Dalam pada itu, Parion menerusi Instagramnya memberitahu dia rebah kerana terlalu teruja dapat bertemu Chris dan ia adalah kali pertama dia pengsan.

“Ini kali pertama saya menyaksikan persembahan Chris dan tidak sangka pula saya dijemput ke pentas… Ia pengalaman luar biasa dan memalukan kerana saya pengsan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *