Penampilan bertudung Fouziah Gous selepas tunai haji dipuji peminat

Posted on

Penampilan Fouziah selepas pulang menunaikan haji mendapat pujian peminat. Foto Instagram @zhafyusof

PENAMPILAN pelakon Fouziah Gous mengenakan hijab selepas pulang dari tanah suci untuk menunaikan ibadat haji menerima pujian peminat.

Menerusi laman Instagram suaminya @zhafyusof, sekeping gambar dimuat naik memperlihatkan imej bertudung Fouziah bersama suami sedang berada di sebuah pantai peranginan.

Foto tersebut menarik perhatian peminat yang turut memuji kecantikan Fouziah dan beranggapan pelakon drama Tahajjud Cinta itu sememangnya sudah mengenakan hijab.

Peminat memuji penampilan Fouziah mengenakan hijab.

“Ya Allah cantiknya pakai tudung, istiqamah ya sayang, agar semua orang sayang, Allah pun sayang,” komen Farhana.

“Alhamdullilah sejuk mata memandang, semoga Fauziah terus istiqamah. Sejuk dan manis mata memandang,” tulis Wan Hanisah pula.

“Kakak, awak nampak mudalah pakai tudung. Masya-Allah cantik sangat,” kata Jinnanie.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *