Penat berebut lif, Joy Revfa pindah rumah baharu 7 bilik

Posted on

Joy pindah ke kediaman baharu.

USAHAWAN kosmetik Joy Revfa memberitahu dia kini dalam proses berpindah ke kediaman baharu yang lebih selesa.

Joy atau Siti Arifah Mohd Amin, 31, berkata, biarpun tidak besar, namun dia boleh bercucuk tanam dan menghirup udara yang lebih bersih.

“Alhamdulillah, akhirnya saya dan Arryan berpindah ke sini. Sekarang sibuk pemindahan masuk ke rumah baru. Rumah kami tak la besar macam istana orang lain tapi cukup untuk kami berdua rasa bahagia seperti sebuah istana.

“Lama kami berdua duduk di kondo yang berlif sebelum ni, letih dah berebut-rebut lif dengan orang lain. Sekarang baru ada kesempatan untuk beli rumah bertanah sendiri. Senang nak bercucuk tanam kat halaman rumah,” ujarnya.

Rumah baharu Joy mempunyai tujuh bilik.

Sementara itu Joy yang turut memuat naik foto kediaman itu memberitahu rumah berkenaan mempunyai tujuh bilik.

Dia juga meminta khidmat ibunya untuk menghias rumah berkenaan dengan tema Fairytale.

“Rumah ini ada tujuh bilik, senang nak letak ‘adik-beradik’ Arryan yang lain nanti (haha jangan kena beranak ramai dah la lepas ni.)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *