“Penat perah idea, akhirnya kena cetak rompak… macam tu pakai barang palsu” – Rodi

Posted on

Rody tak sokong barang tiruan.

GITARIS kumpulan Kristal iaitu Rody tidak menyokong penggunaan barang tiruan untuk tampil bergaya terutama bagi golongan selebriti yang mempunyai karya sendiri.

Rody atau Mohd Rodi Baharudin, 32, berkata, dia sendiri pernah melalui rasa dan perasaan marah apabila penat lelah memerah idea untuk menyiapkan sebuah album akhirnya dicetak rompak individu tidak bertanggungjawab.

“Kita pernah rasa bagaimana sakit dan marahnya produk kita dicetak rompak. Ibaratnya siang malam berbulan-bulan cari idea untuk siapkan, akhirnya orang curi.

“Biarlah nampak buruk dan terpakai asalkan asli. Kalau mahu sangat kumpul duit dan beli yang baru,” ujarnya kepada mStar Online.


Achey terlibat dalam projek Kristal Jam di Youtube.

Rody mengulas isu cetak rompak dan barang tiruan yang menjadi topik hangat minggu ini apabila terdapat Instagram yang mendedahkan segelintir selebriti menyokong barang tiruan.

Tambah Rody, membeli barang original adalah satu kepuasan atau hadiah kepada diri sendiri selepas penat bekerja.

Ia bukan bertujuan untuk berlagak tetapi sebagai tanda kepuasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *