Penyakit kulit Awi Rafael pulih selepas dua tahun dengan satu petua

Posted on

Awi bersama peminat yang hadir memberikan kejutan bersempena hari jadinya yang ke-32. Foto M. AZHAR ARIF

HAMPIR dua tahun menderita masalah kulit kronik yang berpunca daripada alergi dan eczema, penyanyi dan komposer Awi Rafael memberitahu keadaannya semakin pulih selepas mengubah cara pemakanan.

Awi atau Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael, 32, berkata, sejak beberapa bulan lalu dia mengamalkan diet vegeterian selepas ia diperkenalkan oleh tunangnya sendiri, Atikah Suhaimie dan ia mula memberi kesan positif pada masalah kulit dihadapinya.

“Sebelum ini macam-macam cara saya guna untuk pulihkan penyakit termasuk berjumpa doktor tetapi keadaan saya tidak juga beransur pulih.

“Kebetulan Atikah juga memang seorang vegeterian dan dia minta saya cuba diet itu yang mungkin boleh membantu masalah saya.

Awi menderita penyakit kulit kronik hampir dua tahun.

“Alhamdulillah, faktor pemakanan itu juga penting sebenarnya bagi memulihkan masalah kulit saya dan dengan hanya makan sayur-sayuran ia berhasil untuk saya,” katanya.

Awi ditemui pada majlis pelancaran muzik video single terbaharunya, Ini Semua Dunia yang diadakan pada malam Isnin.

Sebelum itu, satu majlis kejutan bersempena hari jadinya yang ke-32 diadakan yang turut dihadiri oleh rakan artis terdekat seperti Yasin Sulaiman dan Altimet.

Awal tahun ini, Awi pernah mendedahkan dia gementar apabila doktor memberitahu masalah kulit kronik dihadapinya berhadapan risiko kanser namun bersyukur dia bebas daripada penyakit itu.

Awi dan tunangnya, Atikah Suhaime.

Atas dasar itu juga kata Awi, dia akan meneruskan diet tersebut memandangkan ia memberi kesan positif kepada kesihatannya.

Sementara itu, bercakap mengenai single terbaharunya, Awi berkata, seiring dengan peningkatan usianya, ia turut memberi kesan kepada karya-karyanya termasuk dalam Ini Semua Dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *