Penyanyi 'Pujaan Malaya' – Adzrin Adzhar bebas kanser ovari

Posted on

Adzrin kini perlu menjaga permakanan dan bergantung pada ubat-ubatan.

PENYANYI yang pernah popular menerusi lagu Pujaan Malaya, Adzrin Adzhar akhirnya bebas penyakit kanser ovari tahap dua yang dihidap sejak tiga tahun lalu.

Adzrin, 33, berkata dia tidak menjalani rawatan kimoterapi namun hanya menjaga permakanan supaya kanser itu tidak menyerangnya kembali.

“Selama tiga tahun juga saya berjuang untuk terus hidup selepas disahkan mengidap kanser ovari tahap dua.

“Alhamdulillah, selepas pemeriksaan doktor mengesahkan kanser saya itu sudah tiada.

“Saya tidak menjalani sebarang rawatan kimoterapi tapi ada mengambil beberapa ubat dan menjaga permakanaan sahaja,” kata Adzrin kepada mStar Online.


Adzrin bersama anak kembarnya.

Adzrin ditemui ketika membuat persembahan di majlis pentauliahan Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di BoraOmbak, Putrajaya pada baru-baru ini.

Sebelum ini, Adzrin pernah mendedahkan dia terpaksa menjalani pembedahan membuang ovari kanan apabila disahkan mengandung anak kembar luar rahim pada 2008.

Adzrin yang berkahwin pada 2007 selepas itu dikurniakan sepasang kembar perempuan Hana Jasmin dan Hana Dahlia, kini berusia setahun enam bulan.

Dalam pada itu, Adzrin tidak sabar menunggu kepulangan bapanya, bekas Ketua Cawangan UMNO Bahagian Cheras, Datuk Adzhar Sulaiman yang dipenjara selepas didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram pada 2011.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *