Pereka fesyen dedah ukuran badan Che Ta tak berubah sejak 13 tahun

Posted on

Ukuran badan Che Ta tak pernah berubah kata Rizman Ruzaini – Foto IG Rizman Ruzaini.

PEREKA fesyen terkenal Rizman Ruzaini mendedahkan ukuran badan pelakon popular Rozita Che Wan tidak pernah berubah sejak mengayakan pakaiannya 13 tahun lalu.

Rizman yang menjawab soalan netizen di Instagramnya memberitahu Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta adalah artis yang mempunyai bentuk badan paling sempurna sama seperti ukuran patung.

“Artis mana yang pernah bekerja sama dengan anda body paling perfect? soal netizen.

“Beliau (Che Ta) selebriti pertama yang mengayakan rekaan Rizman Ruzaini dan sejak itu ukuran badannya tidak pernah berubah.

“Sudah 13 tahun dan perfect fit on mennequin (ukuran sempurna pada patung) @Rozitachewan1,” tulisnya.

Rizman Ruzaini menjawab beberapa soalan rawak daripada netizen.

Jenama fesyen Rizman Ruzaini gabungan dua pereka iaitu Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil, 34, dan Rizman Nordin, 34.

Rizman menjawab soalan secara rawak daripada netizen di laman sosial Instagramnya pada Khamis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *