Perempuan ‘gedik’ diminta jauhi Ariff Bahran

Posted on

Ariff Bahran menyenaraikan beberapa kriteria wanita pilihan hatinya. Foto Instagram: @ariffbahran

MEMILIKI karakter happy go lucky dan bersahaja membuatkan ramai  gadis tertarik untuk menjadikan penyanyi Ariff Bahran sebagai teman lelaki.

Mengakui tentang hal tersebut, Muhammad Ariff Bahran bin Ahmad Azhari atau lebih mesra disapa Bahran menyenaraikan beberapa kriteria wanita yang mampu memikat hatinya.

“Banyak sebenarnya kriteria wanita yang boleh buat saya tertarik dan antara salah satu paling penting ialah tak gedik.

“Saya suka seorang perempuan yang bersopan santun, tenang, sentiasa ceria dan menyenangkan untuk diajak berbual.

“Tentang wajah cukuplah sedap mata memandang dan manis-manis begitu,” katanya kepada mStar Online.

Bahran ada cara lepaskan tekanan.

Sebelum ini, penyanyi lagu Kata Akhirmu ini pernah memberitahu dia masih belum bersedia untuk memikirkan soal cinta kerana mahu fokus dengan kerjaya seni.

Menurut peserta program Big Stage ini, dia pernah berjanji dengan keluarga untuk serius dalam bidang nyanyian dan membuktikan tindakannya ini tepat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *