Pevita Pearce jauhkan diri selama tiga bulan demi ‘Maya’

Posted on

Pevita teruja menjalani penggambaran filem Sebelum Iblis Menjemput. Foto: SHAARI CHEMAT.

PELAKON Pevita Pearce terpaksa menjauhkan diri daripada semua orang selama tiga bulan ketika membuat persediaan dan sepanjang penggambaran filem Sebelum Iblis Menjemput.

Pevita, 26, berkata dia hanya bertemu dan berbincang dengan kru produksi, pengarah dan barisan pelakon filem itu untuk menjiwai watak sebagai Maya.

“Saya menjauhkan diri daripada semua orang. Tak nak berjumpa dengan sesiapa pun selama tiga bulan.

“Dari mula membuat persediaan sehinggalah sepanjang penggambaran filem itu saya tak jumpa dengan sesiapa.

Pevita tidak mahu berjumpa dengan sesiapa kerana ingin menjiwai watak sebagai Maya.

“Saya hanya berbincang dengan barisan pelakon, pengarah dan kru produksi sahaja untuk nak menghidupkan watak sebagai Maya,” kata Pevita kepada mStar Online.

Filem seram Indonesia arahan pengarah Timo Tjahjanto itu sudah mula ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada 20 September lalu.

Dalam pada itu, Pevita mengakui agak tertekan dan pada masa yang sama seronok  menjalani penggambaran filem tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *