Populariti bawa malang kepada Jo In Sung

Posted on

Jo In Sung memberitahu popularitinya sebagai artis menjadi penghalang kepada kehidupan peribadinya.

PELAKON Jo In Sung mungkin antara bintang terkenal di Korea Selatan yang mempunyai bakat besar selain wajah yang kacak.

Bagaimanapun kata In Sung, di sebalik itu dia sebenarnya mempunyai banyak kekurangan seperti orang lain.

Katanya, sehingga kini dia sentiasa malang dalam soal percintaan dan merasakan populariti menjadi batu penghalang kepadanya untuk mengecap bahagia.

“Pada pandangan saya, Jo In Sung yang anda lihat tidak menggambarkan diri saya secara keseluruhannya.

“Contohnya, dalam soal percintaan, saya merasakan wanita yang berada di samping saya berasa terbeban dengan populariti saya sebagai artis dan ia bukan sesuatu yang baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *