Presiden Papita, M Daud meninggal dunia akibat kanser prostat

Posted on

M. Daud (kiri) dikunjungi Presiden, Persatuan Penerbit Televiseyn Malaysia (PTVM) Datuk Jurey Latiff Rosli (tengah) dan juga pengarah drama Yusof Kelana ketika dirawat di hospital pada tahun lalu. FOTO: Datuk Jurey.

PRESIDEN Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (Papita), Datuk M Daud Wahid, 76, telah meninggal dunia pada 2.27 petang Isnin di Hospital Shah Alam.

Anaknya, Lizaninani M.Daud, 38, berkata Allahyarham meninggal dunia akibat kanser Prostat sejak setahun yang lalu.

Menurut Lizaninani, bapanya sudah seminggu dimasukkan ke hospital selepas mengalami sakit perut yang teruk.

“Beliau dimasukkan ke hospital pada Isnin lalu selepas mengadu sakit perut dan cirit-birit yang teruk.

“Hari Jumaat lalu, dia tak boleh bernafas sebab darah beku di jantung menyebabkan doktor terpaksa masukkan ubat untuk mencairkan darah itu.

“Keesokkan hari, abah dah okey. Tapi tak lalu makan. Pagi ini doktor beritahu abah dah tak bagi reaksi dan minta semua ahli keluarga datang.

“Kira-kira pukul 2.27 petang, abah telah menghembuskan nafas terakhir di hospital,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Lizaninani, ahli keluarga mengetahui tentang penyakit itu namun Allahyarham enggan melakukan pemeriksaan dan hanya bergantung pada ubat-ubatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *