Priyanka Chopra, Nick Jonas bertunang selepas dua bulan bercinta

Posted on

Priyanka Chopra dan Nick Jonas dilaporkan mengikat tali pertunangan hanya selepas dua bulan bercinta.

PELAKON terkenal Bollywood Priyanka Chopra dilaporkan sudah mengikat tali pertunangan dengan teman lelakinya, penyanyi Nick Jonas hanya selepas dua bulan bercinta.

People melaporkan pasangan itu bertunang pada hari jadi ke-36 Priyanka minggu lalu ketika mereka bercuti di London.

“Mereka berdua kelihatan sangat gembira.

“Keluarga Nick sangat gembira dengan berita itu dan teruja untuk pasangan itu. Nick benar-benar jatuh cinta dan serius untuk berkahwin dengan aktres itu,” kata sumber terdekat pasangan itu.

Bagaimanapun wakil kedua-dua artis itu enggan mengulas mengenai perkembangan terbaharu itu.

Nick, 25, dan Priyanka mula berpacaran sejak Mei lalu dan sejak kebelakangan ini mereka sering dilihat menghabiskan masa bersama termasuk makan malam romantik di New York selain menghadiri konsert bersama-sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *