Priyanka Chopra, Nick Jonas masih keliru tarikh kahwin

Posted on

Pasangan ini masih mencari tarikh sesuai untuk berkahwin.

PASANGAN sensasi Priyanka Chopra dan Nick Jonas dikatakan masih keliru dalam mencari tarikh sesuai untuk majlis perkahwinan mereka.

Menurut portal Liputan6 memetik artikel Hindustan Times, mereka dijangka mendirikan rumah tangga pada bulan Oktober ini.

Bagaimanapun, ada khabar mengatakan mereka masih belum membuat sebarang persiapan dan kemungkinan ia akan diadakan pada awal tahun depan.

Malah, sumber memberitahu majlis akan diadakan di Amerika Syarikat dan akan menyusul upacara di Mumbai, India.

Sebelum ini, Priyanka Chopra berkata dia ingin berkahwin mengikut adat tradisi India.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *