Putar belit cerita, berlagak, suka main cinta…! Zahirah sindir siapa?

Posted on

Zahirah dan Zul saling sindir menyindir di Instagram.

PELAKON Zahirah MacWilson memuat naik status di Instastory miliknya pada malam Khamis seolah-olah ditujukan kepada seseorang yang dipercayai bekas kekasihnya, mungkin Zul Ariffin.

Kenyataan berbaur sindiran itu menjelaskan bahawa individu dimaksudkan itu sudah memutar belit cerita, berlagak menjadi mangsa, menyalahkan orang lain dan suka bermain cinta.

Twist, ungkit, acah-acah jadi mangsa, tuduh orang lain, sini I love you, sana I love you. Dia buat takpe.

“Kamu tahu siapa yang saya maksudkan,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenal di Phuket, Zul Ariffin layan wanita Ukraine macam orang lain

Zahirah dan Zul muat naik di IG Story pada Khamis.

Awal minggu lalu kecoh foto-foto bekas kekasihnya iaitu aktor Zul Ariffin bercuti di Phuket bersama seorang wanita yang berasal dari Ukraine.

Bagaimanapun, Zul, 32,menjelaskan mengenali wanita itu ketika dia berada di sana untuk menjalani sesi latihan seni mempertahankan diri.

Sementara itu, Zul pada masa yang sama turut memuat naik mesej di Instastory seperti membalas kenyataan pelakon Jangan Benci Cintaku itu dan meminta dia untuk meneruskan kehidupan baharu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *