Raja Ilya, Adam Shahz ditauliahkan kapten dan leftenan APM

Posted on

Raja Ilya (tengah) dipakaikan pangkat Kapten (Bersekutu) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

PUTRAJAYA: Pelakon Raja Ilya meluahkan rasa teruja dan gembira apabila diberi peluang mengikuti latihan dan kursus untuk menjadi pegawai bersekutu Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Raja Ilya, 33, berkata dia berterima kasih dengan pengarah filem Ahmad Idham dan pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof yang mengajaknya memasuki kursus berkenaan sehingga menerima penganugerahan tersebut.

“Saya gembira diberi peluang ini dan sangat berterima kasih kepada Ahmad Idham dan Datuk Seri Eizlan Yusof kerana mengajak saya masuk kursus ini sehingga layak untuk Pemakaian Pangkat dan Penganugerahan Watikah Lantikan Pegawai Bersekutu (CDERT Ohhsem).

“Sepatutnya pertaulihan diterima pada April lalu tetapi kebetulan saya terikat dengan lawatan kerja ke India, jadi terpaksa ditunda ke hari ini,” katanya kepada mStar Online.

Dari kiri; Maznah Zolkifli, Eizlan Yusof, Raja Ilya dan Adam Shahz.

Majlis tersebut telah diadakan di BoraOmbak, di sini pada Rabu dan disempurnakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Roslan Wahab itu.

Selain Raja Ilya yang dianugerahkan pangkat Kapten Bersekutu (PA), manakala pelakon Adam Shahz pula turut menerima pentauliahan yang sama dengan pangkat Leftenan Bersekutu (PA).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *