Raja Ilya masih dengan kekasih yang sama

Posted on

Raja Ilya masih menjalinkan hubungan cinta dengan ahli perniagaan di Australia.

PELAKON Raja Ilya menegaskan dia masih menjalinkan hubungan dengan lelaki yang sama iaitu ahli perniagaan yang menetap di Australia.

Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 33, berkata hubungan dia dan lelaki itu sudah terjalin sejak enam tahun lalu.

“Saya masih lagi bercinta dengan lelaki yang sama. Dia seorang ahli perniagaan yang berada di Australia.

“Kami sudah enam tahun menjalinkan hubungan cinta. Saya tidak terlalu berkongsi kisah peribadi kepada umum.

“Mungkin sebab itu ramai orang tidak mengetahui tentang hubungan kami,” kata Ilya kepada mStar Online.


Ilya ditemui ketika majlis pentauliahan Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Wilayah Persekutuan di BoraOmbak, Putrajaya pada baru-baru ini.

Tambah Ilya, dia masih belum merancang untuk membawa hubungan tersebut ke peringkat seterusnya disebabkan kesibukan kerja masing-masing.

“Belum ada lagi apa-apa perancangan untuk berkahwin. Saya nak tumpukan perhatian pada karier dahulu. Dia pun sangat memahami,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ilya kini bergelar seorang penerbit dan bakal mengatur projek jangka panjang untuk syarikat produksinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *