Rakan artis turut jadi mangsa… “Saya tak subahat” – Zalfa Zain

Posted on

PELAKON baharu Zalfa Zin bimbang apabila akaun Facebook miliknya yang digodam oleh individu tidak bertanggungjawb terbabit menjalankan aktiviti jenayah siber melalui laman sosial itu.

Zalfa atau nama sebenarnya Norzafifah Mohd Zain, 25, berkata, individu tersebut melakukan penyamaran dengan menghantar mesej palsu kepada rakan-rakan Facebooknya yang lain.

“Sejak Januari lalu Facebook saya digodam tapi dia masih menggunakan nama saya dan menghantar mesej kepada rakan-rakan untuk tujuan menggodam mereka.

“Saya sudah membuat beberapa laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) namun hingga sekarang individu itu masih aktif menjalankan aktiviti tersebut,” ujarnya.

Zalfa buat laporan polis

Zalfa berkata, beberapa teman termasuk rakan artis yang berkawan dengannya di laman sosial itu turut terpedaya dan akaun laman sosial mereka digodam individu berkenaan.

Katanya, perkara itu secara tidak langsung menjejaskan namanya sebagai seorang artis baharu.

“Dia hantar mesej kepada kawan-kawan saya di Facebook untuk buka satu pautan dan apabila mereka buka sahaja pautan tersebut akaun mereka terus digodam. 

“Malam, seorang pelakon dalam senarai kawan saya turut digodam Facebook, Instagram dan e-melnya. Disebabkan perkara itu saya pula yang dipersalahkan, mujur dia faham situasi sebenar,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *