“Ramai datang isi minyak & berkenalan” – Pemuda seiras Syafiq Kyle

Posted on

Ramai yang mahu bergambar dan berkenalan dengan Zukhairi – FOTO IG Abby Abadi

GARA-GARA tular wajah dikatakan seiras Syafiq Kyle, pemuda Zukhairi Zulkifli mengakui tempat kerjanya iaitu stesen mintak Shell Cabang Tiga,Terengganu dikunjungi orang ramai terutama peminat pelakon itu.

Zukhairi, 19, berkata, biarpun mengakui berasa agak malu dan janggal dengan perkara itu, namun dia tidak menolak perlawaan pelanggan yang mahu bergambar dan berkenalan dengannya.

“Sejak video itu tular ramai yang datang tempat saya bekerja untuk isi minyak, ada yang mahu bergambar dan berkenalan.

“Saya okey sahaja walaupun kadang-kala ada rasa segan kerana saya sendiri tidak pasti betul ke wajah kami seiras,” ujarnya kepada mStar Online.

Video pemuda dikatakan seiras pelakon drama Nur itu mula tersebar awal bulan lalu.

Malah, turut dimuat naik di Instagram oleh pelakon Abby Abadi pada Ahad selepas mengisi minyak di steten tempat Zukhairi bekerja.

Pemuda yang bekerja di sebuah stesen minyak dapat perhatian gara-gara wajah seiras Syafiq Kyle. 

Dalam pada itu, Zukhairi berkata, dia juga mendapat jemputan daripada sebuah program hiburan baru-baru ini, namun terpaksa dibatalkan atas sebab tidak dapat dielakkan.

“Selepas viral ada program bual bicara jemput untuk datang studio tapi saya terpaksa batalkan kerana ada masalah sedikit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *