Ramai tersalah anggap… servis ucapan RM50 Janna Nick adalah untuk tujuan amal

Posted on

Janna Nick mengenakan caj RM50 untuk ucapan hari lahir bagi mengumpul dana. FOTO: Qarami Hashim

MENERIMA kecaman hebat gara-gara mengenakan bayaran untuk rakaman ucapan ulang tahun kelahiran, pelakon Janna Nick akhirnya menyatakan kenapa dia berbuat demikian.

Menurut Janna atau Nurul Jannah Muner, 23, bayaran yang dikenakan kepada peminat tersebut ialah bagi mengumpul dana tabung Wish For Their Hope (WFTH).

“Sudah lama saya impikan untuk tubuhkan sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang bermatlamat mengumpulkan dana untuk mereka yang memerlukan.

“Memandangkan saya selebriti yang ada ramai pengikut di Instagram, jadi saya gunakan cara ini untuk dapatkan sumbangan awam dan salurkan kepada mereka yang memerlukan.

“Ini baru permulaan kita dan saya memasang impian untuk memperluaskan sumbangan kita seluruh Malaysia,” katanya kepada mStar Online.

Janna ditemui ketika majlis sumbangan untuk anak-anak Rumah Kasih Nurul Nasuha di Ampang, Kuala Lumpur pada Rabu.

Janna Nick (lima dari kanan) bersama rakan-rakan artis dan mereka yang terlibat menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan.

Dia mempunyai pengikut kira-kira 3.9 juta orang di Instagram.

Dalam kunjungan tersebut, Janna menyerahkan bantuan berupa barangan keperluan asas dan wang tunai.

Sebelum ini, kecoh Janna Nick mengenakan bayaran RM50 untuk setiap ucapan yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *