Ratu cantik Filipina dikatakan gabungan wajah Neelofa, Fazura

Posted on

Kylie Verzosa (tengah) memiliki wajah iras Fazura (kiri) dan Neelofa.

RATU cantik Filipina dan ratu cantik antarabangsa 2016, Kylie Fausto Verzosa menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen di laman sosial.

Nama Kylie mula diperkatakan selepas laman Twitter rasmi World Health Organization (WHO) berkongsi video dia menjadi jurucakap kempen kesedaran masalah kemurungan.

Video tersebut diulang kicau (retweet) oleh pemilik akaun bernama @fitrazak yang mengatakan wajah wanita itu adalah gabungan dua selebriti tempatan, Neelofa dan Nur Fazura.

Netizen berpendapat wajah Kylie adalah gabungan Neelofa dan Fazura.

“Eh macam Fazura gabung Neelofa,” tulisnya.

Rata-rata pengikut di laman sosial turut bersetuju dan ada juga yang membuat senarai persamaan yang ada pada model yang berasal dari Filipina itu.

“Rambut = Fazura. Mata = Neelofa. Suara = Fazura. Bentuk muka = Fazura. Bibir = Fazura. Gigi = Fazura dan senyum = Neelofa,” tulis pemilik akaun bernama Arina.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *